25 Feb 2013

MINGGU 8


TAJUK : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN.





SET INDUKSI





      Lagu kanak-kanak bunyi aiwan ini dipilih dan diambil oleh saya untuk dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran kerana ianya amat bersesuaian dengan tajuk pembelajaran, iaitu haiwan peliharaan. Manakala, penggunaan perkataan dan nama-nama haiwan yang terkandung di dalam video ini juga mengandungi perkataan suku kata tertutup.


LANGKAH 1

Mari Mengenal Bunyi Haiwan


 



LANGKAH 2


Ejaan bagi nama-nama haiwan peliharaan











a + yam




i + tik
 
 
 

 

bu + rung


ku + cing





















MINGGU 7

TAJUK : MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM P&P
BAHASA MELAYU.

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
  • Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
  • Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.

PRINSIP-PRINSIP UTAMA MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
  1. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
  2. Pengaliran maklumat dua hala
  3. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
  4. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.

EMPAT PROSES UTAMA TERLIBAT DALAM MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Pengenkodan ('Encoding')
  • Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

Penyimpanan ('Storage')
  • Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori.

Mengingat Kembali ('Retrieval')
  • Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

Lupaan ('forgetting')
  • Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang


  1. Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention').
  2. Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka pendek.


INGATAN JANGKA PENDEK ('SHORT TERM MEMORY')
  • Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
  • Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
  • Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.

INGATAN JANGKA PANJANG ('LONG TERM MEMORY')
  • Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
  • Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang.
  • Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.



MODEL ASSURE

Model ASSURE mengandungi enam langkah: analisis ciri pelajar, nyatakan objektif, pilih media dan bahan, gunakan media dan bahan, libatkan pelajar, nilai dan semak semula media dan bahan.
1. Analisis ciri pelajar.

a) Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi,

b) Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar.


2. Nyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus.

a) Objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.

b) Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.


3. Pilih media dan bahan.

Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai.


4. Gunakan alat/bahan pengajaran.

a) Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.

b) Kemudian sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

c) Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar.

d) Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyata­kan tujuan dan objektif pembelajaran.

e) Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan media? Sebagai penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran?

5. Libatkan pelajar.

Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti mem­buat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagai­nya. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta?merta diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954).


6. Nilai dan semak semula bahan.

Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu soalan berikut harus difikirkan:

  1. Adakah objektif-objektifpembelajaran tercapai?
  2. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran-pembelajaran? Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul?
  3. Adakah suasana pembelajaran selesa?
  4. Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi?



CONTOH PENGAPLIKASIAN MODEL ASSURE DALAM P&P BAHASA MELAYU


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 4
SK. KILUGUS KUALA PENYU
SABAH

Tarikh : 14 September 2012
Tahun : 4 Elit
Bil. Murid : 20 Orang
Masa : 60 Minit
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Pencemaran Air
Tajuk : Punca-punca Berlakunya Pencemaran Air

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

1. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
2. Menggunakan sekurang-kurangnya 4 daripada 6 jenis kata hubung yang sesuai untuk membina ayat majmuk.
3. Menulis dan membina ayat majmuk.

Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkataan yang dibaca.
Aras 3 : i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
menarik.
Fokus Sampingan : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.
Aras 3 : i. Menggunakan kata hubung yang sesuai untuk membina ayat
majmuk.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca,
dan kemahiran menulis.
Sistem Bahasa : Morfologi : a.) Golongan kata ; Kata tugas – kata hubung.
Pengisian Kurikulum :
a.) Ilmu : Sains dan kajian Tempatan
b.) Nilai : Kesyukuran dan bertanggungjawab
c.) Kemahiran Berfikir : Mengenalpasti, menghubungkait, dan menjana idea.
d.) Kemahiran BCB : Penyoalan dan perbincangan.
Bahan Bantu Mengajar : Gambar, teks petikan, klip video tentang pencemaran air, skrin,
LCD, Lembara kerja.
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid tahu dan pernah melihat tentang pencemaran air
serta penyebab berlakunya masalah ini.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 Minit)
Klip video mengenai punca-punca berlakunya pencemaran air.
1.) Murid dipertontonkan dengan klip video tentang punca-punca berlakunya pencemaran air.
2.) Murid dan guru bersoal jawab tentang klip video yang ditonton.
3.) Guru mengaikatkan video dengan tajuk pengajaran pada hari tersebut.
Kemahiran Bahasa :
1.) Kemahiran Mendengar.
2.) Kemahiran Bertutur.
Kemahiran Berfikir :
~ Menghubungkait


Langkah 1
(15 Minit)
Bacaan terhadap edaran petikan “Pencemaran Air”.
1.) Guru membaca petikan dengan nada, tekanan, dan intonasi yang sesuai.
2.) Murid diminta membaca petikan yang diberi secara bergilir-gilir mengikut kumpulan
3.) Guru memilih beberapa orang murid untuk membaca petikan dengan jelas dan intonasi yang betul.
Bahan Bantu Mengajar :
1.) Petikan teks “Pencemaran Air”.
Kemahiran Berfikir :
~Mengenalpasti
Kecerdasan pelbagai :
~ Verbal linguistik
Langkah 2
(10 Minit)
Punca-punca berlakunya pencemaran air.
1.) Murid diperlihatkan dengan kad-kad gambar pencemaran air.
2.) Murid dan guru berbincang tentang punca-punca berlakunya pencemaran air.
3.) Murid-murid diminta untuk menampal atau memadankan kad gambar dengan situasi berlakunya pencemaran air.
Kemahiran Bahasa : ~Kemahiran Bertutur
Bahan Bantu Mengajar :
~ Kad gambar
Langkah 3
(10 Minit)
Permainan Bahasa : Kad perkataan.
Kata hubung :
1.) sambil
2.) lalu
3.) kerana
4.) dan
5.) atau
6.) tetapi
1.) Guru memperkenalkan tentang kata hubung kepada murid-murid.
2.) Murid diminta menyebut dan mengeja perkata bagi kata hubung tersebut.
3.) Murid-murid dikehendaki membina ayat mudah berdasarkan kad perkataan bagi kata hubung tersebut.
Kemahiran Berfikir :
~ Menjana idea
Bahan Bantu mengajar :
~Kad Perkataan
Langkah 4
(15 Minit)
Membina dan menulis ayat majmuk berpandukan rajah tukar ganti.
1.) Guru menerangkan kepada murid bagaimana membina dan menulis ayat majmuk berpandukan rajah tukar ganti.
2.) Murid diminta menulis dan membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
Kemahiran Berfikir ;
~ Menghubungkait

Kemahiran Bahasa :
~Kemahiran Menulis
Kaedah :
~Rajah tukar ganti
Penutup
(5 Minit)
Rumusan Kognitif
1.) Guru membimbing murid untuk membuat rumusan terhadap pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.
2.) Guru mengedarkan latihan kepada murid-murid sebagai kerja rumah.

Lembaran kerja rumah


BAHAN PENGAJARAN
SET INDUKSI



Video animasi mengenai pencemaran air




 
        Berikut merupakan video animasi mengenai pencemaran air. Video ini dipilih sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran murid-murid kerana video ini amat sesuai dan mempunyai kaitan yang kukuh dengan tajuk pembelajaran. Selain itu, pemilihan video ini adalah sebagai pencetus gambaran awal terhadap punca-punca berlakunya pencemaran air sekaligus hal ini dapat menarik perhatian murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya.


BAHAN PENGAJARAN
PETIKAN PENCEMARAN AIR

Baca petikan di bawah dengan teliti.
Air merupakan keperluan asas manusia. Namun begitu, air semakin hari semakin tercemar. Pencemaran ini dikaitkan dengan pembebasan pelbagai jenis larutan bahan kimia toksik yang dan bahan buangan ke dalam sungai dan laut.
Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab mengambil jalan mudah dengan menyalirkan bahan kumbahan ke dalam parit dan sungai. Apabila sampah organik domestik ini mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air maka, wujud keadaan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.
Pembangunan industri perkilangan juga menjadi punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di tebingan sungai untuk memudahkan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat terlebih dahulu dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.
Sektor pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai lalu menyebabkan air sungai teremar. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak juga mencemarkan sumber air sebab bahan-bahan tersebut menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan air dan hidupan akuatik.
Selain itu, industri perlombongan juga antara punca pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan pertumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menambah lagi masalah pencemaran ini.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga antara faktor penyebab pencemaran air laut.
Intihanya, pencemaran air boleh ditangani jika semua pihak berkerjasama untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa persekitaran kita bersih dan selamat untuk didiami. Tindakan perundangan semata-mata tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Kerajaan perlu memperkasakan pendidikan alam sekitar untuk membendung masalah ini.

ULASAN~ Petikan ini merupakan sebuah petikan mengenai punca-punya pencemaran air. Petikan ini dibuat adalah sebagai bahan bantu pengajaran & pembelajaran murid. Di samping itu, pemilihan bahan bantu pengajaran & pembelajaran ini berupaya untuk memastikan P&P yang dilaksanakan oleh guru mencapai objektifnya.



BAHAN PENGAJARAN
PADANAN KAD GAMBAR DENGAN SITUASI BERLAKUNYA PENCEMARAN AIR
Kad Gambar
 
 
 
 
 
 
 
 




Situasi Penyebab Pencemaran Air

1.) Pembakaran Terbuka
2.) Pembebasan Asap Daripada Kilang-Kilang Secara Tidak Terkawal
3.) Pembuangan bahan/sisa-sisa domestik
4.) Aktiviti Perlombongan
5.) Pembuangan sisa toksik

BAHAN PENGAJARAN


Permainan Bahasa : Kad Perkataan







SAMBIL
















LALU





















 






KERANA
















 










DAN






















ATAU




























ULASAN ~ Guru memperkenalkan tentang kata hubung kepada murid-murid. Murid diminta menyebut dan mengeja perkata bagi kata hubung tersebut. .) Murid-murid dikehendaki membina ayat mudah berdasarkan kad perkataan bagi kata hubung tersebut.






LATIHAN
Rajah Tukar ganti
        Guru menerangkan kepada murid bagaimana membina dan menulis ayat majmuk berpandukan rajah tukar ganti. Murid diminta menulis dan membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.





LATIHAN/KUIZ



MINGGU 6

TAJUK : MEMBINA & MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM
PENYUSUNAN BAHAN P&P BAHASA MELAYU.

MINGGU 5

TAJUK : MEMBINA & MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN &
PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM P&P BAHASA MELAYU.

SILA KLIK DI SINI

MINGGU 4

TAJUK : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK P&P BAHASA MELAYU.


Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
  • Bahan sastera
  • Bahan tatabahasa
  • Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.


http://1.bp.blogspot.com/--nndUVQy2r8/Tah5Wsfcl3I/AAAAAAAAAGE/k4GeDq10Ihg/s400/M%2B4%2Bblog%2B2.PNG

Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
  • Syair
  • Pantun
  • Seloka
  • Gurindam
  • Puisi
  • Cerita Pendek
Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik
http://4.bp.blogspot.com/-_vxdHXgLyf8/Tah6z1nCHdI/AAAAAAAAAGM/nnaxbccOudI/s400/BLOG%2B1.PNG

Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:
http://3.bp.blogspot.com/-SfQlQ8XTq4s/Tah8B6_FwMI/AAAAAAAAAGU/oKNb-zRZ7TE/s400/M%2B4%2BBLOG.PNG

Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH.

Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa

Jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web

Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya

Jenis-jenis tatabahasa
  • Kata nama
  • Kata Hubung
  • Kata kerja
  • Kata sendi nama
  • Kata nama khas
Memilih bahan bidang ilmu lain.

Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan

melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:

http://3.bp.blogspot.com/-EUzAqFApLKg/TaiASzKxgqI/AAAAAAAAAGc/KBGT1DeloqY/s400/blog%2BM4.PNG